Isnin, 30 November 2009

Raya Aidil Adha 1430H

Selamat hari raya Aidil Adha thn 1430H kpd muslimin dan muslimat yg berada diluar sana. Pengalaman raya Aidil Adha dinegara Yaman ini bagi Ilhamie adalah kali yg ke2, namun byk pengalaman yg km perolehi disini.

Bagi group (MAMTIY)M ahasiswa Maahad Tarbiah Islamiah Yaman sendiri pun banyak tugas yg kami kena jalankan, antaranya bermula hari ke9 zulhijjah dgn program iftor jama'e, yg dikelolai oleh Ilhamie sendiri.

Raya pertama pula group kami ni dibahagi kpd 2bahagian utk menghadiri smbutan hari raya di rumah En Hardy dan sambutan di Jamiatul Iman. Dirumah seorang pegawai kedutaan iaitu En Hardy pula adalaa dlm 4ekor lmbu dan 3ekor kambing yg telah dikorbankan, kalau di Jamiatul Iman mmg bykla kambing,dlm 100ekr lebih semuanya, makan sakanla setiap kali raya ni.

Raya ke2,3 kami buat program dirumah Iman, adalaa dlm 5ekr kmbing kampung dan kibas yg tlh disembelih, semua ni pengalaman manis buat kami semua, moga persahabatan terjalin seeratnya.

Selasa, 24 November 2009

Pemergian Al-Marhum Syeikh Abu Bakar Awang

Tulisan petikkan daripada Harakah Daily...
ALOR SETAR, 23 Nov: Penasihat Persatuan Ulamak Kedah (PUK), Syeikh Abu Bakar Awang Al-Baghdadi menghembuskan nafas terakhir pada jam 11 pagi tadi di Hospital Sutanah Bahiyah, dekat sini lantaran sakit tua.
Al-Marhum Syeikh Abu Bakar,84, semasa hayatnya bersama Al-Marhum Syeikh Niamat Yusoff mengasaskan Maahad Tarbiyah Islamiah Derang (MTID) seawal 1980. Beliau menjadi Syeikhul Perkampungan Maahad Derang sehingga akhir hayatnya.

Sebelum itu, kedua tokoh terkenal ini berkhidmat di Maahad Mahmud, bersama-sama dengan bekas Presiden PAS, Al-Marhum Dato’ Haji Fadzil Mohd Nor. Ustaz Abu Bakar adalah pelajar awal Pondok Tuan Guru Haji Yahya Al-Junaid di Batu 16, Padang Lumat, Kedah.

Beliau menyambung pengajian agama di sebuah universiti di Baghdad, Iraq. Empat tahun kemudian datang pula bekas Naib Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri dan Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Ustaz Hashim Jasin belajar di tempat sama.

Sebaik kembali dari Iraq, beliau yang berasal dari Perlis telah diamanahkan menjadi calon PAS dan bertanding dua kali di Dun Kayang, Perlis.

Ketika dihubungi di hospital, Mudir MTID, Syeikh Abdul Majid Abu Bakar An-Nadwi berkata, jenazah akan disolat dan dikebumikan di perkuburan Masjid Raudhatus-Solehin, Derang bersebelahan sahabat karibnya, Ustaz Niamat.

Ustaz Abu Bakar yang mempunyai hubungan darah dengan tokoh ulamak negara, Dato’ Dr Haron Din sangat mahir dalam bidang Feqah Muamalah dan menulis beberapa buku ilmiah mengenainya. Beliau meninggalkan empat cahayamata terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan.

Ketika dihubungi Ustaz Hashim yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis mengucapkan takziah mewakili PAS negeri itu dan menyifatkan pemergian Ustaz Abu Bakar sebagai satu kehilangan besar kepada agama dan negara.

Sementara itu, Setiausaha Kerja Dewan Ulamak PAS Kedah, Ustaz Azri Ahmad mengesahkan, Ustaz Abu Bakar menjadi Timbalan Ketua dewan itu dari 1995 hingga 2000 di bawah Al-Marhum Ustaz Azahari Abdul Razak.

“Dewan Ulamak PAS Kedah juga merakamkan ucapan takziah atas pemergian tokoh ulamak ini yang berkorban jiwa raga di atas jalan perjuangan kebenaran, semoga Allah SWT mencucuri Rahmat-Nya ke atas rohnya,” ujar Azri.

Sabtu, 14 November 2009

Banjir di Maahad Tarbiah Islamiah Derang 09..

Walaupun berada jauh dari perantauan, tp berita yg berlaku di tanah air tetap tidak dilupakan, antaranya adalah bencana banjir, berita utama Tv3 pada 9/11/09 ada juga tunjuk keadaan banjir di Kedah negeri jelapang padi sebagai tanah kelahiranku ni, khususnya di Maahad Tarbiah Islamiah Derang Pokok Sena, dlm berita ni adalaa muka Cikgu Ismail Osman seorang tenaga pengajar di MTIDerang tgh beri maklumat terbaru kpd pihak wartawan, kami disini semuanya berdukacita ats apa yg berlaku di Maahad tercinta.


-Gambar Darul Atfal masa banjir tahun ni, ambik gambar ni dari ustaz Hazwan

-Ni pulak sebelum kena banjir,cantik ja kan..

Klw di Maahad Tarbiah Islamiah Derang dulu, mudah sgtlaa air nak naik, disebabkan kawasan rendah, berita banjir nilah plg best pelajar2 nak dengar, biasala semua nak balik kampung masing2, selalu jadi pulak waktu akhir tahun, semua tunggu penguguman balik ja..

Tapi skrg ni dah berubah, dgr berita banjir kat Derang, sedih ja, teringatkan ustaz-ustaz nak kena pindahkan brg2, peralatan sekolah, rumah2, masjid, dewan, pejabat dll..
Tahun ni Alhamdulillah tak lah seteruk sprt tahun sblm ni.

Sblm ni byk kerugian yg ditanggung olh pihak Maahad, antaranya kitab2 dlm maktabah hampir kesemuanya musnah, ni semua takdir Allah, pasti ada hikmahnya. Mungkin sblm ni tak kena strategi tempat yg sesuai kot.

Alhamdulillah dgr cerita banggunan 3tingkat yg diberi nama banggunan Abu Hassan Ali An-Nadwi dah pun siap, mungkin akan dirasmikan tahun depan, kalau tak salahlaa kan? kebanyakkannya dah dipindahkan kesitu, antaranya pejabat pendaftaran, bilik guru2, kelas, maktabah dll..


-Ni gambar asrama Abu Bakar,walaupun nampak lama tapi banyak sejarahnya buat kami..


-Ni keadaan asrama Umar ataupun panggilan manjanya asrama atas..banyak kenangan asrama ni buat pelajar2 buas mcm kami ni..dah ubah suai dahhh..tp ni gambar thn 2008 la..hujung tulah ada kata2 yg penuh dgn makna tu, pandai2 la kita tafsir sendiri..


Apa-apa pun kami pelajar MTID yg ada kat Yaman ni sentiasa ingat tempat yg byk mendidik jiwa kami dlm erti kehidupan, walaupun dulu byk buat masaalah kat sekolah, teringat kata2 yg kemungkinan masih ada di hujung asrama Umar iaitu" Ayahku berpesan agar aku menjadi orang besar"
Sama2 lah kita renungkan maksud ini..

Isnin, 2 November 2009

Menghayati Al-Quran


Banyak mukjizat dalam Quran ni.kita kena ambik fahamla, nasibla ada muqarar I'jaz Quran, sikit sebanyak boleh jugak faham..



Kalaulah kita baca Quran tiap-tiap hari selama ni faham semuanya, pasti bestkan, boleh faham makna kalimah yg Allah sebut, macam2 kisah ada..Tgk pakcik ni, snyum ja, pasti ada cerita yg menarik..biasalah org melayu, pyahla nak faham skt bahasa arab ni..tapi pahala tetep dapat, inilah yg di janjikan Allah dan nabi saw.

macam adik ni pulak,mmg mudahla nak mengafal,hati masih bersih lagi,nak hafal pun mudah, kami kat sini lani ada halaqah quran, jenoh peringat balik yg lama2..kena byk bersabar la kawan2 semua,ini yg paling penting sekali..RENUNG2 KAN, DAN SELAMAT BERAMAL...

Mari Berselawat


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

world visitor

free counters