Isnin, 21 Disember 2009

Selamat Belajar Kpd Semua

Selamat meneruskan pengajian kepada pelajar di Jamiah Iman yg tlh bermula pada 2muharam baru-baru ni. Malas dan letih pasti terasa diawal pengjian ni, tengoklah subuh-subuh lg dah bangun, sesesai bagi salam terus adakan halaqah Quran yg perlu hafal dan murajaah bg tiap-tiap hari..

Dah habis halaqah Quran, rehat sebentar utk sarapan pgi dan trus ke kuliah hingga zuhur. Beginilah rutin harian disini, kehadiran dikira wajib bg kami semua. Kalau cuti pulak hanya 1hari shja, iaitu hari jumaat.

Biasalah kan, dtg nak mengaji, jadi kena lawan la semua ni, doakan kami memperolehi kejayaan dunia dan akhirat..

Jumaat, 18 Disember 2009

Selamat Menyambut Awal Muharam 1431H

Bismillahirahmanirahim buat permulaan bicara dalam menyambut kedatangan awal Muharam bagi tahun 1431H..Moga-moga segala amalan kebaikkan sebelum ni berterusan dan semakin meningkat hendaknya la kan, dan mmg pasti ada amal keburukkannya jugk kan? Jadi sama-samalah kita singkirkan dari hati bermula sekarang ni.

Yg pentingnya ikhlas LillahiTaala di mana pun kita berada, bagi kami pelajar di Jamiah Iman pun dah nak mula pengjian sesi 2010M/1431H, perbaiki sama-samalaa niat kita ni, klw ada salah dan silap blhla tegur noh..oklah, setakat ni ja kot..doa kan kejayaan kami di sini..wsalam

Rabu, 16 Disember 2009

Mak&Abang Luqman Mai Yaman..

Baru-baru ni mak dan abg kpd sahabat (MAMTIY)Mahasiswa Maahad Tarbiah Islamiah Yaman iaitu Luqman Al-Hakim tlh datang di Yaman pada 14/12/09(ISNIN).


Alhamdulillah kesemuanya dimudahkan urusan setakat ni dan moga berterusan la kan, adik dia yg berada di Wilayah Aden pun datang ke ibu negara Yaman(Sana'a) 2hari lebih awal iaitu Habibullah utk persediaan mengambil mak dan abangnya.


Walaupun kedatangan mereka adalaa dlm seminggu kot, tapi pelbagai tempat yg telah diziarahi, antaranya bandar Sana'a lama(Bab Yaman), Darul Hajar(Wadi Zuhr), Jami'k Presiden dan sebagainya.

Walaupun cuaca semakin bertambah sejuk, dgn kawasan Sana'a pula yg berada diatas gunung-gunung, klw dikaji sikit ketinggian kawasan ni 2,300m dari paras laut yg menempatkan 900 ribu penduduk di Sana'a ni banyak sejarah dan keistimewaan tersendiri. Moga Allah memudahkan urusan mak&abang luqman yg masih berada disini hendaknya. AMIN

Selasa, 8 Disember 2009

TAJDID IQAMAH 2010

Sekarang ni kebanyakkan pelajar dah mula sibuk utk Tajdid iqamah bagi tahun 2010. Alhamdulillah, sekarang ni ana dgn sahabat-sahabat MAMTIY(Mahasiswa Maahad Tarbiah Islamiah Yaman) telah siapkan hampir 80% urusan tajdid iqamah utk tahun depan yg nak masuk tak lama lagi.

Macam group MAMTIY kali ni jumlah bayaran adalaa dlm 300Dolar, lebih kurang Rm1,050, harga ni pun mengikut jamiah masing-masing la. Ada yg murah dan ada yg mahal, yg penting kami selamat di bumi Yaman ni.

Jadi bagi setiap warga negara Malaysia tak kiralah pelajar ataupun pekerja Malaysia disini ataupun org luar drpd Yaman semuanya tengah kalut berurusan di jawazat. Memang kena bersabarla sbb nak siapkan iqamah ni, biasala perangai arab ni ada yg pelik skt, apa-apa pun doalah ana dan kawan-kawan diperudah semua urusan ni InsyaAllah.

Mari Berselawat


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

world visitor

free counters