Ahad, 28 Jun 2009

Gambarku kat Yaman

Jalan-jalan kat Dairi waktu malam. Sejukkkkk.



Nak pi main futsal.


Lepas main futsal. Nampak letih jer muka tu. Letih tapi puas hati. Ni antara cara nak rapatkan ukhuwah antara kami. Cuba tengok kaki. Semua bersilang jer kaki tu, saja bergaya tak mau nampak letih sangat.






Kat Masjid Presiden Yaman. Masjid paling besaq kat sini. Baru jer siap pembinaannya. Suasana masjid ni mcm kat Malaysia. Nak masuk masjid ni mcm nak masuk kat airport. Kena scan habih barang. depa takut org bom masjid ni.











Ni plak masa lepas sembahyang raya korban tahun lepas kat Padang Bola di Universiti Al-Iman. Ni la antara pelajar M'sia yang tak balik dan tak pi buat haji. Ni kali pertama hari raya berjauhan ngan keluarga. Sedih jer, sedih-sedih pun kami dijamu dgn daging kambing. Besaq daging tu satu peha untuk satu talam. Macam VIP.



Ni tengah sepak penalti masa pertandingan Bola Sepak Piala Duta. Kumpulan saya dapat tempat ke 3. Jadilaa daripada tak dapat langsung.



Ni kawan-kawan sepermainan yang berjaya masuk ke perlawanan akhir.



Ni saya dengan Ust Jali kat tempat Batu Asas pembinaan Masjid Kabir. Masjid kabir ni ada sejarah dia tersendiri.

Ni kat pintu masuk Masjid Kabir. Seorang sahabat Nabi yang diperintahkan untuk membina masjid ini. Terdapat sejarah dan Ilmu Mukjizat dapat di singkapkan dari sejarah pembinaan masjid ini.



Ni kami jalan-jalan dalam pasar sekitar Babul Yaman. "Serban ni payah cari kat M'sia tau, mcm da tanglong la kat tepi serban ni. Bersaq plak tu."


Kami ni tengah menemani Ustaz Jali jalan-jalan sambil beli barang sebab beliau akan pulang ke M'sia tak lama lagi. Beliau adalah pelajar lepasan tahun 7 (Master) di Universiti Al-Iman. Moga-moga beliau menjadi org yang mampu berkhidmat dgn masyarakat & dikurniakan anak.


Semua ni nampak macam syeikh-syeikh arab yang alim daaa. InsyaAllah kami akan menjadi orang yang berilmu dan menyebarkan ilmu kepada masyarakat suatu hari nanti. Doa-doakan kami nohhh...
Ada masa main, ada masa untuk bersiar-siar tapi jangan lupa, jadikan kesemua ini di atas landasan syariat Allah.

Gambar-Gambar Si Kecil di Bumi Yaman

Abudi, anak syeikh.

Anak Abg As bernama Abd Majid. Teriak sakan, pasai pa tu? Dia ni lahir pada 01 Jan 2009.

Ni Anak Cik Hamdan. Cik Hamdan ni seketeri kat kedutaan Malaysia di Yaman ni. Nak balik dah.


Ni anak syeikh lagi. Comel kan anak-anak syeikh ni.



Ni anak syeikh gak.




Ni plak, anak orang Jordan. Ayah budak ni sekelas ngan kami.


NI waktu kenduri kawin kawan kami. Budak ni boleh makan makanan Malaysia.


Ni abg budak atas tadi. Ni lah khemah kenduri kawin kat Yaman ni. Makan sambil bersila jer, tak mcm kat M'sia.


Ni kami jumpa kat Airport Sana'a, tengah tunggu mak dia dari M'sia. Budak ni pandai bergaya masa kami nak ambil gambaq dia.



Ni budak Tajikistan. dia datang belajar kat Yaman.


Haa, ni plak Geng Upin-Ipin yang tersesat di Yaman. Nama si kecil ni Azam. Ni tengah tunggu nak main bola.


Ni budak Yaman. Mata budak tu warna biru asliii, bukan boh pewarna pun. Sebelah tu abg dia.


apa yang budak ni tengah tengok yer? korang pikir sendiri la. Mungkin tengah pikir masa depan dia kut...



Ni anak pelajar Indonesia. Nama budak ni panjang sangat, yg kami ingat pun Omar. Ayahnya nama Iyan.



Ni pasangan yang bahagia. Baru balik dari sekolah. Kecik-kecik dah reti jalan sekali. depa ni adik-beradik la..



Ni anak tuan rumah kawan saya. Comel gak kan? macam org Pakistan plak.


Ni jugak anak tuan rumah kawan saya. dia tengah bergaya ngan pakaian tradisi Arab Yaman. Yang dia tengah pegang tu adalah Jambia.


Ni plak Syaima'. Anak orang Melayu laa. Budak ni lahir kat Yaman ni. Nanti boleh cakap arab la. Ayah dia tuan empunya blog www.hikmahyaman.blogspot.com


Ni budak yang kat atas tadi. Dia tengah posing. Sambil tu dia tiup belon, cuba tengok kat mulut dia tu....
Beginilah gambar-gambar si kecil di Yaman. Comel-comel belaka. Ni lah muka-muka si kecil yang jernih yang belum lagi ada kekotoran dosa-dosa. Kita yang dah tua ni banyak-banyak bertaubat supaya muka jernih macam mereka ini.

Panorama MTIDerang

Ni gambaq yang ditangkap sebelum Ilhamie berlepas ke Yaman.
Surau Darul Atfal

Kawan sekelas semasa kenduri akhir tahun bagi generasi ke 19 sesi 2007.

Ni plak gambar kami nak buat 'jungle tracking'.

Ni cabaran yang kami buat kepada adik-adik junior. Best pekena budak-budak ni. Yang tengah kena tu ialah Nawawi (Pak Wi).

Ni Ustaz-ustaz yang ngajaq kat Darul Atfal (Bahagian Rendah)


Ni lah antara budak-budak yang kena merangkak untuk menyebrangi parit. Tu yang tengah isap botol tu namanya Salam.

Kawan-kawan yang handle program 'jungle tracking' ni. Luqman, Ayip, Jard, Ilhamie, Izaan & Bob (Anak murid kesayangan Ust Asri)

Masa bakaq ayam untuk program akhir tahun. Memang best larr. Tu da yg dok ratah ayam tu....


Ni tgh solat kat Chalet Cikgu Ismail selepas program 'jungle tracking'.

Ni adalah Pak Long Man yg banyak berjasa kat derang ni. Beliau ni yg gerak kami & penduduk Derang pagi2. Semua orang Derang (lama atau baru) kenai sangat pak long ni. Terima kasih Pak Long Man.

Nilah ustaz kesayangan kami. Ustaz ni namanya Ustaz Asri Taib. Beliau ni adalah warden asrama masa generasi kami, tapi sekarang dah tukar jawatan dah.

Ni masa Habib Jefri dan rombongannya mai Derang. Mereka ni disambut dgn alunan burdah oleh kumpulan nasyid Derang.


Ni landskap depan asrama Saidina Omar. Landskap ni kami bersama yang buat.

Ni Malam Kesenian Islam yg diadakan di Dewan Al-Bukhari. Tu tengah burdah. Burdah tu ketua mereka adalah Wawan & Rahim (Dua org ni pernah buat persembahan burdah kat PWTC masa Musbaqah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2005).

Ni plak, Tafaquh. Yang ngaji kat sini adalah lepasan menengah dan pakcik makcik yang masih bersemangat untuk belajar.

Ni adalah landskap dari sudut lain. Cantik kan?

Ni laluan pejalan kaki, kat sini kadang-kadang tempat parking motor dan gerek orang Derang ketika solat.


Ni Masjid An-Ni'mah. Nampak tak van tu? tu la van sekolah kami. Van tu dah sampai merata tempat dah. Banyak jasa van tu.

Ni antara sudut lain Masjid An-Ni'mah. dulu kat tepi tu da pokok belimbing, tapi dah kena potong, tinggal tunggul jer.


Ni cort serba guna. Cort ni kami buat tempat main badminton, takraw dll lagi.

Ni antara pemandangan landskap dari sudut lain. Kerusi simen tu adalah simenferro yang telah dibuat oleh pelajar-pelajar pada tahun 2006.
Ni asrama atas. Cantik tak? Sekarang ni tak tau la macam mana dah. Tak dak dah dinding plawood mcm dulu tu. Tak leh nak lari dah kalau ustaz naik.

Ni Masjid An-Ni'mah dari atas asrama.

Ni asrama Saidina Abu Bakar. Banggunan tu la yang paling lama. Kayu-kayu banggunan tu diambil dari baggunan Hospital Kota Setar yang lama (orang kata hospital jepun dulu, tak tau betoi ka tak).

Ni pintu masuk masjid. Tengok tu, kolah untuk ambil wuduk dah da bumbung warna hijau. Cantik kan? derang dah maju dah, tapi orang nak khidmat tak ramai....
Balik nanti jom la kita pakat-pakat khidmat kat Derang nohhh... Derang banyak berjasa kepada kita..
Terima kasih kepada semua guru-guru Maahad Tarbiah Islamiah Derang. Al-Fatihah buat Ayahanda Syeikhur Rahil Ustaz Ni'mat Bin Yusuf yang telah mengasaskan MTIDerang ni..

Mari Berselawat


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

world visitor

free counters