Jumaat, 26 Februari 2010

Alhamdulillah, habis sudah program ifthor&qiamullail pada hari ini Jumaat (26.2.2010) yang dianjurkan oleh pihak rumah iman dan dapur iman, ketua pengarah kali ini telah diamanahkan kepada ana sendiri, program kali ini adalah kali pertama yg telah diadakan di rumah iman baru, boleh dikatakan keluasannya agak memuaskan.

Program ini bermula pada hari Khamis jam 1.45petang waktu Yaman, bermula dengan acara membakar ayam BBQ, dan memasak hidangan untuk jamuan ifthor, kemudian solat asar berjemaah, bacaan ma'surat, tazkirah ringkas oleh Sdr Zainal Abidin tentang maulud nabi saw. Pada malamnya pula ifthor beramai-ramai setelah azan yang dilaungkan oleh Sdr Idris(mamu). Kemudian makan beramai-ramai ketika berbuka puasa, setelah Isya' kami telah mengadakan sesi ta'aruf, dan acara permainan uji minda sebagai satu cara merapatkan ukhuah antara kami disini. Sebelum tidur kami telah mendengar tazkirah ringkas oleh Pak Aq yang bertajuk penyucian jiwa.

Pada jam 3.45pagi, kami mula bersiap-siap untuk solah bertahajud berjemaah, jam 4.30pagi solat tahajjud telah diimamkan oleh Sdr Syafiq, Usaid, Mamu, Sobri. Imam solat subuh pula telah diimamkan oleh Sdr Abang Soleh Mursyidi. Seterusnya bacaan ma'surat dan seperti bicara mufti, tetapi kali ini bicara Dr Hasbullah yang menyampaikan tentang hakikat kehiadupan dan kepentingan hubungan ukhuah kami disini.


Akhir program ini ditutupi dengan acara gotong-royong beramai-ramai. Dan jamuan sarapan pagi roti tamyiz bersama ful dan bermain ping-pong sebagai acara tambahan.

Terima kasih kepada semua yang memberi kerjasama menjalankan dan melancarkan program ini, InsyaAllah kita akan adakan lagi program sebegini dalam masa yang akan datang. Moga Allah merahmati kami dibumi hikmah Yaman ini, Amin

Selasa, 9 Februari 2010

Ikhtibar Quran Tahun2

"Ikhtibar akan menentukan seseorang itu mulia ataupun hina" kata-kata ini mungkin kita rasa besar maknanya, bukan mengaji semata-mata untuk pereksa, tapi sistem peperiksaan lah yang akan menentukan tahap kemampuan seseorang pelajar tersebut, samaada dia memberi tumpuan dan memahami ilmu yang disampaikan oleh guru ataupun tidak.


Kami di Jamiah Iman, hari ini, baru habis ikhtibar quran bagi tahun2, tapi bukan ikhtibar akhir, ni baru periksa bulan muharram yang dah tangguh hampir seminggu, bulan safar punya ikhtibar belum lagi, hanya tunggu dan lihat ja la.


Doa-doalah kami tetap di Jamiah Iman ni, boleh belajar dengan tenang dan berkekalan apa yang kami hafal selama ini. Kalau nak dibandingkan dengan pelajar Maahad Tahfiz di mana-mana pun, memang kalah la kami ni, sebab baru berapa juzuk, tu pun dah ingat-ingat lupa.
Biasala, umur semakin meningkat, hati pun dah gelap, tu yang susah nak ingat, mudah-mudahan hati ni semakin hari semakin kurang titik hitam dosa yang pernah kita buat selama ni, manusiakan tak boleh lari dari kesalahan, sebaik-baik manusia adalah insan yang bertaubat kepada Allah. Ulama' umpama kan hati ni seperti kain putih, sekali kita buat kesalahan, seperti satu titik hitam yang melekat di kain putih tersebut, bayangkan lah selama ini banyak mana kesalahan kita selama ini.


Hidup ni kalau tak ada orang yang tegur, semua yang kita buat akan rasa benar belaka, tu lah pentingnya ukhuah kita dengan sahabat amatlah penting, sekurang-kurangnya ada yang nak ambil peduli tentang kita juga, ada yang nak tegur kesalahan kita, dan koleksi, muhasabah diri ni, adakah cukup apa yang kita ada, adakah kita belajar betul-betul atau main-main selama ini, lumrah sebagai penuntut ilmu seperti air pasang surut, kadang-kadang semangat, kadang-kadang tak semangat, ni kalau air surut selalu macam mana?


Jadi ingatlah Yang Maha Esa selalu, kalau kita baca kisah umat sebelum ini, mereka ni ketika susah sahaja ingat kepada Allah SWT, mereka akan berdoa meminta kepada Allah kekayaan, kejayaan di dunia, tapi kalau Allah dah bagi, kita akan lupa kepadaNYA.
Buatlah amal keduniaan seakan-akan kamu akan hidup selama-lamanya, dan buatlah imal ibadah kepada Allah seakan-akan kamu akan mati pada esok hari.

Renungan buat semua, tambah-tambah tuan blog ni la.. Yang penting doakan kami selalu.

Sabtu, 6 Februari 2010

Aduka Taruna menghina sultan Johor, bahkan Isteri& Sahabat Nabi turut dihina. Mana yg perlu diambil berat?

Menghina, memaki hamun, mengutuk, mengumpat depan ataupun belakang kesemuanya tergolong dalam sifat mazmumah, sifat yang dikeji oleh agama Islam, bahkan semua agama melarang dari sifat tersebut. Kerana apa? Kerana dengan mengutuk, menghina inilah akan terlerainya persahabatan, bermasam muka, tidak bertegur antara satu sama lain, dengki, permusuhan dan akhirnya akan berlaku pembunuhan cara penyudahnya.


Isu yang saya nak sampaikan dalam artikel kali ini sama seperti diatas, tetapi menghina, mengutuk secara bertulis didalam teknologi moden sekarang ini samaada mesej ataupun blog, semua orang boleh kutuk dan mengata kepada siapa yang dia suka, disebabkan sukar untuk kita temui si penulis kan? Kecuali dengan pencarian secara teliti oleh pihak khas, seperti di dalam blog Aduka Taruna yang menghina Almarhum Sultan Johor dapat dikesan oleh pihak polis baru-baru ini, hukumya tetap sama berdosa di sisi Islam. Malahan kalau kita teliti, si Aduka Taruna(AdukaTaruna.blogspot.com) ini bukan sahaja menghina Sultan Johor, bahkan Saidatina Aisyah, Muawiyah, iman Syafie dan imam mazhab yang lain tetap dihina oleh beliau. Perkataan yang digunakan memang menunjukkan kurangnya adab dan ilmu yang dimiliki olehnya.
Ditahap manakah keimanan kita berbanding mereka? Hebat sangatkah kita ini yang sanggup menghina pejuang-pejuang Islam?


Benar kata Dr Asri Zainal Abidin di dalam blognya tentang isu Aduka Taruna, beliau tidak memahami sejarah secara tepat, bahkan ingin menghukum secara melulu. Dan juga masyrakat kita sudah kurang sensitif tentang agama, agama dikutuk, Nabi, Ummul Mukminin, Sahabat dan Ulama dihina masih buat tak endah, tapi kalau raja,sultan,artis kesayangan dikutuk, riuh rendah dibuatnya untuk mempertahankan orang yang tersayang berbanding pejuang Islam. Nabi telah melarang akan perbuatan menghina si hidup bahkan kepada si mati. Ingatlah wahai penulis semua, semua ini akan dihitung di depan Allah Swt, mulut akan terkunci, maka anggota inilah yang akan menjadi saksi, samaada tangan yang menaip berkajang artikel ini telah mengeluarkan dosa ataupun pahala. Maklumat lanjut sila rujuk ke blog (www.Drmaza.com). Moga manfaat buat semua.

Mari Berselawat


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

world visitor

free counters