Jumaat, 31 Julai 2009

OH HANTUUU.....

Bismillah...
Kali ni Ilhamie nak cerita tentang hantu, haa, sajala nak kongsi cerita dgn kawan2, cakap pasal hantu mesti terpikir pelbagai jenis aneka bentuk hantu di Malaysia kn? hantu air,lilin,raya,jepun,pucung,pontianak,galah,toyol,langsuir dan lain2 lagi, ada yg mata merah, lidah terjelir, kuku panjang, takda kepala la, macam2 kan? Haa, takut tak? Ni semua pengaruh TV lani, filem mcm2, kita drpd kecik lg dah diajar takut kt makhluk ni, contoh la, mak marahkan ank dia sorang ni, nak tau cmna? Adikkk! pegila sorang2 kat luar.. gelap tu, nanti hantu bungkus ambik adik baru tau, xjadila si adik ni nk keluar, ingat!! ada kesan besar utk budk2 ni sampai ke tua nnti, nk pegi mana pun sering tergambar dlm fikiran muka si hantu ni, Cmni la keadaan kt Malaysia, sampai budk2 nk tido pun xnak dok di ujung skali, haha..
Tapi kan kawan2, kat sini pulak mcm xada apa2 pun, keluarla malam sorg2, InsyaAllah selamat dari ganguan, tapi yg takutnya orang gila jela yg kacau, jenoh lari celapak pulk, haha, org Yaman pun tak tau apa itu hantu, sbb diorang tak dak filem2 hantu ni, lpstu mgkin sini tak mcm Malaysia byk hutan,sungai,rumah usang, jalan sunyi tu yg takut sikit, ni semua pengaruh filem la yg rosak abis fikiran kita kan? Klw buat berani skt, nnti dengarla pekataan ni: "Jangan cakap besar la, nanti kena sungguh baru berakai", haha..
Point penting yg Ilhamie nk cerita disini adalah bacala doa byk2, jgn tinggal Ma'surat yg nabi ajar, bukan setakat hantu tak blh kacau, jin, org nk khianat kita ka, sihir ka, InsyaAllah boleh hindar.. Biar diri sentiasa dgn Allah, jadi selalukan diri utk berzikir ye,selamat dunia akhirat,pahala pn bertambah. hehe..wassalam

Ahad, 26 Julai 2009

"KEPULANGAN PEJUANG ISLAM DENGAN PENUH HARAPAN"

Bismillah..
Kpd sahabat2, post kali ni Ilhamie nak cerita sikit tentang tajuk kat atas ni, mungkin sahabat2 dah tahu kot siapakah mereka? Oklah, gerangan tersebut adalah Ustaz Syazali B. Herman bersama zaujahnya yang sekian lama menuntut ilmu di bumi Yaman ni. Jadi ramai jgklah pelajar2 laki & p'puan yg hantar mereka di AirPort Sana'a, klw pljr laki sja pun dah 1 bas, pljr p'puan pulk 1 van, boleh kata ptg kemarin ramai dgn pelajar Malaysia jela, msa berpelukkan tu, nampaklah wajah2 yg sedih,ada jgk yg sdh kt hati ja, bsala, control macho katakan, mgkin abg2 senior lg terasala, antaranya abg Leh,abg Taufiq,Pak Aq,Mat Yin,Ali,Munzir dan lain2 lg. Haa, Munzir mcm best ja ust blk? 0o, nnti tak dak la org nk beletiaq noh! haha, maaf mnzir,nk mlawak ja, tp sbnrnya dia sdh la2, dgn hujan pulk time tu kan? biasala kwn2, lumrah perpisahan,tp smntara jela, kiranya mcm bagi penghormatan terakhirla buat suami isteri ni sebagai pejuang Islam yg pulang ke medan tempur, dan jugk dgn harapan mendakwah masyarakat kita di Malaysia skrg ni. Haa, sblm terlupa kami nk ucpkan sekalung penghargaan buat pasangan suami isteri ni, terutamanya Ust Jali yg berjaya menamatkan pengajiannya sampai ke tahun7 di peringkat Master (M.A) ,dan ustazah kita ni pun apa kurangnya sampai tahun5 tu, di peringkat (B.A). Kami baru tahun 1 pun dah cengklewang tak kira dah,haha, paham tak?? Depa ni mmg best students la, tahniah Ustaz & Ustazah. Mmg bykla jasa depa ni, terutamanya kami pelajar2 Derang. InsyaAllah segala tnjuk ajar dan nasihat ust selama ini akan kami jalankan. Syukur kpdMU Ya Allah krn menemukan kami dgn hambamu ini.Sebelum mengakhiri, jgn lupa doakn kami disini agar boleh meneruskan pengajian dgn sebaik mungkin..AMINNNN..

Selasa, 21 Julai 2009

IMTIHAN AKHIR TAHUN SEMAKIN HAMPIR UNTUK MENGUJI KAMI......

Assalamualaikum.. Ilhamie mendoakan agar sahabat2 semua sihat wal-afiat hendaknya. Sekarang ni Ilhamie nak menceritakan tentang imtihan di Jamiah kami hampir berlangsung. Oklah, Ilhamie nak tulis bahasa mulut dah la. Jadi persediaan tu memanglah kena lebih sikit, yg malas tu mula2 lah rajinkan diri noh!! yg paling takut ni iaitu maddah Quran,klw setakat baca tak da masaalah sgt, tapi kena mengapai, tahun1 ja kena 9juz, bermula dari surah Al-Ahzab sampai An-Nas.. Aduhh!! Dahla imtihan hari sabtu ni, baki 3 hari ja lagi, jenoh ingat, besala..dulu kat MTIDerang kena mengapai surah2 terpilih ja, tu pun mcm2 buat alasan depan ustaz masa nak tasmi'k. Ni yg panggil "akai jenoh",haha. Tengok2 mai sini, lagi kena teruk, tapi semua ni harap2 di tulis sebagai amalan kebaikkan kami. Kadang2 tu mai jugak perasaan tak semangat ni, tapi harap tumpang semangat sahabat2 ja yg dok bantu, yg bestnya lawan cabaq sapa yg abih dulu.. Tahniah buat Mujahidin sebagai org pertama habis muqarar tahun1..tak lupa pada Rafie,Osman,Luqman,Syauqi,Arif,Anam. Walaupun ada yg masih berbaki lagi harap2 boleh kampoi noh!! Haa..lepaih tu imtihan maddah lain pulak. Sahabat2 semua tolong2 la doakan kami bagi lulus semua, harap2 semua naik kelas ke tahun2.. "Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul"... Oklah sahabat2 semua, akhir kalam..WASSALAM

Ahad, 19 Julai 2009

KEMBALIKAN SEMANGAT ANDA!!!

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..Asalamualaikum kepada semua sahabat2 yg dirahmati Allah..Baru2 ini,Ilhamie bersama2 mahasiswa Maahad Tarbiah Islamiah Yaman(MAMTIY) telah mengadakan 1 program perbincangan Ilmiah dibawah tajuk"KEMBALIKAN SEMANGAT ANDA!!". Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengembalikan semangat sahabat2 demi menghadapi peperiksaan akhir tahun yg semakin hampir di Jamiah kami. Program ini dipengerusikan oleh Ilhamie sendiri dan dihadiri oleh 9orang mahasiswa MTID bersama seorang pengulas iaitu Ust Taufiq Amini. Setiap mahasiswa diberi tajuk tersendiri utk dibincangkan dan mencari jalan penyelesaiannya. Panel pertama adalah Sdr Syauqi dgn tajuk; Apakah tujuan kita dtg ke Yaman?, Adakah amanah dan harapan orang ramai telah kita jalankan?. Panel ke 2 iaitu Sdr Rafie dgn tajuk; Apakah yg kita perolehi setelah hampir setahun di Yaman?, Adakah kahwin menjadi penghalang?, Apakah cara penyelesainnya? Panel ke 3 iaitu saudara Mujahid dgn tajuk; Bagaimana dgn penguasaan Bahasa Arab anda sekarang ini?, Adakah faktor malas boleh dijadikan alasan,manakala faktor hilang semangat pula bagaimana? Panel ke 4 Sdr Arif dgn tajuk; Bagaimana bermujahadah semasa belajar? Jadikan kita sebagai contoh. Panel ke 5 iaitu Sdr Luqman dgn tajuk; Apakah yg menggangu fikiran anda selama ini? Tidor...Oh tidur...dan ini ubatnya.. Panel ke 6 iaitu saudara khairul Anam dgn tajuk; Adakah anda mahu berjuang separuh jalan sebelum mendapat natijahnya? Bagaimana ukhuah sesama kita? Panel ke 7 iaitu Sdr Abdul Hadi dgn tajuk; Seminggu lagi nak ikhtibar,masih nak rileks? Adakah anda bersedia ke tahun 2? Panel ke 8 Sdr Osman dgn tajuk; Adakah faktor umur boleh dijadikan alasan? Berat sangatkah silibus Jamiah kita? Ini penyelesaiannya. Seterusnya, Sdr Raihan sebagai tetamu undangan diminta untuk memberi pandangan berkenaan dgn program ini. Pengulas dan sesi pergulungan program ini disampaikan oleh Ust Taufiq Amini. Program ini diadakan pada 17julai 2009, (Jumaat) bermula selepas makan tengahari sehingga solat Asar, bertempat di Rumah Iman. Sebelum mengakhiri program ini, kami membincangkan tentang Pelajar-Pelajar MTID diluar negara terutamanya di Yaman....Gambar akan menyusul kemudian..WASSALAM..

Mari Berselawat


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

world visitor

free counters