Isnin, 31 Ogos 2009

MERDEKA!! Saya anak Malaysia....

Saya Anak Malaysia!!! inilah yg diluahkan apabila menjelang hari kemerdekaan, apa-apa pun lafazkanlah kalimah Alhamdulillah kerana kita sudah menyambut kemerdekaan kali ke-52 tahun, pastinya pelbagai aktiviti penghayatan kemerdekaan di adakan, tapi mestilah menghormati dibulan mulia ini iaitu Ramadhan Al-Mubarak 1430H.
Kemerdekaan tidaklah semudah seperti yg disebut. Para pejuang kemerdekaan terdahulu telah bersusah payah mengorbankan tenaga,masa dan nyawa mereka semata-mata utk membebaskan negara dari belenggu penjajahan.
Bayangkan, setelah hampir 446 tahun Malaysia dijajah, tanggal 31 Ogos 1957 bendera gah dikibarkan di seluruh pelosok negara menandakan penduduk negara ini bebas menentukan masa hadapan, oleh itu, sebagai anak warga merdeka kita perlu menunjukkan rasa penghormatan kepada negara.
Kami dibumi hikmah Yaman juga meraikan kemerdekaan kali ke-52 tahun, kami disini mengadakan aktiviti pertandingan berjalan malam sekitar bandar Sana'a, disebabkan suasana Ramadhan disini boleh dikatakan kesemuanya berjaga malam, aktiviti ini juga terdapat kuiz-kuiz mengenai kemerdekaan dan puasa, banyak kebaikkan dalam aktiviti sebegini utk mengingati sejarah kemerdekaan dan tentang puasa dengan lebih mendalam disaping merapatkan hubungan silaturrahim sesama kami InsyaAllah.

Khamis, 27 Ogos 2009

5 Orang Pelajar Jamiah Iman Pulang Hari Ini....

MAMTIY adalah nama yg digelarkan buat pelajar MTI Derang di Yaman, iaitu singkatan dari nama Mahasiswa Maahad Tarbiah Islamiah Yaman, hari ini seorang mahasiswa MTID telah pun berangkat pulang ke Malaysia jam 4ptg waktu Yaman dengan menaiki penerbangan Gulf Air. Beliau adalah Muhammad Raihan B. Saad, kedatangannya disini boleh dikatakan hampir setahun, kedatangan beliau disini bertujuan untuk memperkuatkan dalam bahasa arab dibumi Ambia ini, mungkin ada yg ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang Yaman ataupun sistem pengajian disini khususnya Jamiah Al-Iman yg sedang MAMTIY pelajari sekarang ini, bolehlah berjumpa dengan beliau, mudah-mudahan Allah memudahkan urusannya di Malaysia dengan apa yg ia perolehi di bumi hikmah Yaman,tak lupa juga kepada 4org lagi pelajar yg pulang dihari ini, kesemuanya adalah pelajar Jamiatul Iman, mereka adalah sdr Akram tobib, Sofie, Faiz Abd Karim, Mus'ab.. Kesemuanya menaiki penerbangan Gulf Air, dan seorang dari mereka menaiki Qatar Air. Semoga mereka dapat tunjukkan akhlak terbaik buat masyrakat di Malaysia, diharapkan ramadhan diMalaysia diberkati Allah Swt...

Isnin, 24 Ogos 2009

NASIHAT PUASA....

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana pada tahun 1430H dapat juga kita sebagai umat Nabi Muhammad saw melaksanakan tugas yg wajib dilakukan bagi setiap mukallaf yg beragama islam iaitu ibadah puasa di bulan Ramadhan al-mubarak, kesemua umat islam ternanti-nanti ketibaan bulan yg paling agung disisi Allah swt, bulan yg dilimpahkan segala keampunan buat hambanya, di lipat ganda setiap amalan kebaikkan, yg paling berharga adalah disediakan syurga Rayyan khusus untuk hambanya yg melaksanakan ibadah puasa dan dapat bertemu Allah swt dengan penuh kegembiraan...
Kalau difikirkan, kesemua syaitan dirantai pada bulan ramadhan, tetapi perasaan mazmumah tetap ada seperti malas, marah, memaki, mengumpat, menipu dan sebagainya, apakah puncanya semua ini?? Cuba fikirkan, kesemua ini adalah tabiat buruk yg telah terbiasa dilakukan oleh kita semua, syaitan tertawa menandakan kejayaannya merosakkan manusia walaupun dirantai dibulan ramadhan, kita tetap tidak berubah juga kerana mengikut hawa nafsu semata-mata.. Bagi anda semua yg berjaya melawan kesemua ini, ingatlah pahala berlimpah ruah menanti anda dan ianya menjadi saksi dihadapan Allah suatu hari nanti......

Isnin, 17 Ogos 2009

"JAMIAH DAH CUTI....."

Syukur alhamdulillah, inilah yg mampu dilafazkan kesemua pelajar-pelajar Jamiah Iman yg baru sahaja menghabiskan imtihan akhir tahun 2009. Ada yg keluar dengan muka penuh keriangan, ada juga yg muka penuh kesedihan, tapi kesemua ini kembali ceria disebabkan hari ini bermulanya cuti akhir tahun buat pelajar-pelajar disini. Kawan2 arab pun dah mula kemaskan barang2 utuk musafir ke kampung masing2, yg sedihnya buat pelajar wafidin, nak balik pun tunggu 2,3 tahun la, tapi pelajar Malaysia tahun ni dengar khabarnya ramai yg akan pulang, apa-apa pun didoakan kesemuanya selamat sampai, tunjukkan peribadi sebaik mungkin dengan ilmu yg anda dapat di bumi Yaman buat masyrakat di Malaysia.....

Selasa, 11 Ogos 2009

10 SAHABAT YANG DI JANJIKAN SYURGA.....

Kepada kawan-kawan diluar sana, cuba kita fikirkan, adakah kita masih ingat siapakah sahabat nabi saw yg dimaksudkan seperti tajuk diatas? Mesti ramai yg terlupa siapakah mereka ini kan? Kalau disuruh datangkan 10 artis yg popular, wah! pasti kita boleh menjawabnya dengan mudah bukan? Malahan lebih dari 10 orang pun kita boleh sebutkan tanpa difikir panjang.. Baiklah, marilah sama-sama kita menggingati pengorbanan sahabat-sahabat baginda nabi Muhammad saw diera kejayaan islam suatu ketika dahulu sehinggakan mereka ini diiktiraf sebagai 10 sababat yg sudah dijanjikan syurga, inilah yg diimpikan oleh semua org yg beriman, biarlah didunia dihina, ditindas, dibunuh dan sebagainya, asalkan diakhirat nanti usaha mencari redho Allah terbalas dengan mendapat syurgaNYA.. Mari kita sama-sama mengenali siapakan sahabat yg tersangat beruntung ini..

1- Abu Bakar As-siddiq, 2- Umar Al-khattab, 3- Usman b. Affan, 4- Ali b. Abi Talib, 5- Talhah b. Ubaidillah, 6- Zubair b. A'waam, 7- Saad b. Abi Waqas, 8- Abd Rahman b. Auff, 9- Abu Ubaidah b. Jarrah, 10- Said b. Zaid...
InsyaAllah sama-samalah kita menghafal nama mereka ini dan mengingati sejarah kehidupan mereka bersama nabi saw suatu ketika dahulu, semoga kita dapat mengambil sedikit sebanyak daripada perjuangan mereka ini dan beramal dengan kebaikkan mereka....wassalam.

Rabu, 5 Ogos 2009

AKTIVITI MAMTIY BULAN SYA'BAN DAN KENANGAN LAMA......

Saya kali ni nak menceritakan sedikit sebanyak aktiviti MAMTIY sekarang ini, antaranya mengulang kaji setiap maddah dalam minggu imtihan ni, ini memang kewajiban buat MAMTIY, tapi inilah yg membebankan kesemua MAMTIY baik lelaki mahupun perempuan disini, inilah lumrah penuntut ilmu, semuanya pasti di galas dibahu masing2, dalam kesebukkan imtihan, saya teringatkan bulan Sya'ban inilah yg mempunyai pengalaman masing2 sebelum kami berada di Yaman pada tahun lepas 2008, masing2 bertungkus lumus mencari dana yg secukupnya untuk melanjutkan pelajaran disini, antaranya Visa,syahadah,disamping segala kelengkapan peralatan, pakaian dan sebagainya untuk kesini.. Syukur kpd Allah, inilah yg mampu kami lafazkan, 11 Ramadhan adalah tarikh sejarah buat MAMTIY tiba dibumi Yaman Hikmah ini. Sekarang ini, MAMTIY berada dalam keadaan terurus dan baik disebabkan dengan manhaj yang ditetapkan di jamiah kami. InsyaAllah setiap aktiviti MAMTIY akan sampaikan buat semua terutama warga MTID...KE ARAH MELAHIRKAN GENERASI ULAMA RABBANI..

"PESANAN BUAT ANAK"

Pada suatu hari sahabat2 Nabi Muhammad SAW sedang berkumpul dihadapan baginda, tiba-tiba datang seorang lelaki drpd Bani Salamah. Lelaki itu datang kerana mempunyai kemusykilan yg menekan perasaanya sebagai seorang anak.
Lelaki itu bertanya kpd nabi, wahai Nabi Allah, bolehkah saya berbuat baik kpd kedua ibu bapa saya walaupun mereka telah meninggal dunia? Lalu nabi menjawab ; "Boleh". Doakan mereka berdua, tunaikan janji mereka, hormati sahabat2 mereka dan eratkan persaudaraan yg tidak dapat dihubungkan kecuali melalui mereka berdua, pesan nabi kepada lelaki itu.
Selepas mendengar pesanan nabi, ia segera pulang dan menunaikan pesan tersebut.
Pesanan buat semua : Taatilah kpd ibu ayah kita yg masih ada, jalankan kewajipan kita kpd mereka dgn penuh kasih sayang. Bayangkan apabila mereka sudah tiada, menyesal ketika itu semuanya sia2 belaka.. Teruskan berusaha dan berdoa kpd Allah SWT agar dijadikan seorang anak yg soleh.. Wssalam.

Mari Berselawat


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

world visitor

free counters