Khamis, 25 Mac 2010

Imtihan Semester 1

Minta maaf kepada semua disebabkan lama ana tidak meng- update blog ni, sekarang ini pelajar di Jamiah Iman kesemuanya sedang sibuk menduduki imtihan semester 1.


Antara silibus ana di Jamiah Iman tahun2 mungkin tak sebanyak maddah di Jamiah lain seperti di Syiria, Mesir, Jordan dan lain-lain lagi, tapi ini pun dah berat bagi diri ana dan sahabat seperjuangan di sini.


Kesemuanya 11subjek yang perlu digalas sebaik mungkin dan markah untuk lulus di dalam satu subjek adalah 60% ke atas.

1- Al-Quran hafalan sebanyak 10juz(Al-Qasas - An-Nas)

2-Tilawah Al-Quran

3-Tafsir Ibnu Katsir

4-Feqah Ash-Syaukani

5-Tazkiah Anfus

6-Sahih Tazkirah

7-Sirah Rahiqil Makhtum

8-Nahwu Tuhfatul Ahbab

9-Thuruq Tadris

10-Mustalah Hadis

11-I'jaz ilmi(Sains Al-Quran)


Moga semangat dan qudrat dari Allah yang mampu memberi kejayaan pada ana dan sahabat semua, ingat!! Doa anda semua penting bagi kami di sini.

Sabtu, 13 Mac 2010

Bersedekahlah

Manusia digalak bersedekah untuk naungan di hari kiamat
Oleh Hashim Ahmad(BERITA HARIAN..RUANGAN AGAMA)

2010/03/13
SEORANG Muslim sentiasa khuatir akan nasibnya di hari kiamat kerana memikirkan umat manusia bakal dibangkitkan dan dikumpulkan di padang Mahsyar sedangkan matahari berada sangat dekat di kepala.

Bagaimanapun, umat Nabi Muhammad bertuah kerana Baginda sudah menjelaskan bagaimana untuk mendapat naungan di hari kiamat seterusnya berusaha melaksanakan apa yang patut demi kebahagiaan di akhirat nanti. Antara keterangan Rasulullah ialah hadis menyatakan bahawa naungan orang beriman di hari kiamat sangat terkait dengan kebiasaannya mengeluarkan sedekah sewaktu hidupnya di dunia. Ketika di padang Mahsyar, setiap manusia menunggu giliran untuk diadili. Semua akan merasakan panasnya matahari di atas kepala namun bagi yang rajin bersedekah, bakal memperoleh naungan daripada matahari kerana sedekahnya itu.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Setiap orang berada di bawah naungan sedekahnya (pada hari kiamat) hingga diputuskan di antara manusia atau ia berkata: “Ditetapkan hukuman di antara manusia.”

Yazid berkata: “Abul Khair tidak pernah melewati satu hari pun melainkan ia bersedekah padanya dengan sesuatu, walaupun hanya sepotong kuih atau bawang merah atau seperti ini.” (Hadis riwayat Al-Baihaqi, Al-Hakim dan Ibnu Khuzaimah)

Dalam hadis lain, Nabi Muhammad SAW dengan jelas menyatakan: “Naungan orang beriman di hari Kiamat adalah sedekahnya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad) Menyedari hakikat itu, rajin-rajinlah bersedekah supaya memperoleh naungan di hari yang tidak ada naungan kecuali naungan Allah.

Ketahuilah dan janganlah sekali-kali kita memandang remeh pemberian diberikan. Sesungguhnya bukan banyaknya sedekah yang dikira, tetapi keikhlasan hati.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Janganlah kami meremehkan sedikitpun perbuatan makruf sekalipun kamu sekadar menemui saudaramu dengan wajah berseri.” (Hadis riwayat Muslim)

Suatu ketika, seorang sahabat pernah menyatakan kepada Rasulullah SAW bahawa seorang miskin berdiri di depan pintu rumahnya. Maka dia tidak menemukan sesuatu yang dapat di berikan kepada orang miskin itu.

Maka Rasulullah SAW bersabda kepadanya yang bermaksud: “Jika kamu tidak menemukan sesuatu yang dapat kamu berikan kepadanya selain kuku binatang yang dibakar, maka serahkanlah kepadanya di tangannya.” (Hadis riwayat At-Tirmidzi)
Sabda Baginda SAW lagi yang bermaksud: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan serta sikap pengecut dan kebakhilan.” (Hadis riwayat Muslim)

Mungkin kaedah ini yang paling mudah,tetapi sukar diprektikkan iaitu lontarkan senyuman sesama muslim. Moga dapat sama_sama diamalkan.

Khamis, 4 Mac 2010

Tazkiyah An-Nafs(Penyucian Jiwa)

Penyucian Jiwa, lebih dikenali dengan kitab Tazkiyah An-nafs yang dikarang oleh ulama' besar iaitu Syeikh Said Hawa. Kitab ini dijadikan sebagai silibus di Jamiatul Iman bermula tahun1 dan dikhatamkan sehingga tahun4, walaupun mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan kitab ini, tetapi inilah yang telah dirancang oleh mashayaikh di sini, kerana apa? Disebabkan proses penyucian jiwa memang perlu mengambil masa yang panjang, lama kelamaan sifat mazmumah akan terhakis jua. Dalam pada itu kupasannya juga perlu didetailkan kepada pelajar di Jamiah Iman. Pada mulanya ana agak pelik kenapa perlu diambil masa yang sebegitu panjang untuk menamatkan kitab yang sederhana tebalnya, bila dilihat keadaan masyarakat arab, barulah terfikir, memang perlu ditekankan tazkiah ini, kerana sifat manusia berbagai karenah, terutama masyarakat arab sendiri, ada yang datang ke Jamiah masih terbawak-bawak watak badwi mereka, di sini apabila ditanya kepada mereka tentang asal-usul, kebanyakkannya berasal dari perkampungan yang terpencil, di celah-celah bukit, di tengah padang pasir dan sebagainya.


Jadi di sinilah tempat proses membersihkan sifat mereka yang terkenal dengan kasar, kotor, kurang adab dalam percakapan, bersama guru-guru, kitab-kitab dan banyak lagi yang boleh dibeza jika dibandingkan dengan masyarakat di Malaysia. Di negara kita, kita memang kaya dengan adab-adab sopan yang diterapkan kepada kita bermula dari kecil sehingga kedewasa, adab berjalan dihadapan orang tua, mesti ada tata tertibnya, makan dan minum keadaan duduk sebaik mungkin, hormat yang lebih tua, berpakaian kemas dan banyak lagi, tapi sampai bila ianya berkekalan, cuba lihat anak muda sekarang ini, banyak menyimpang dari adat yang terpuji dari segi perspektif islam.


Moga sifat ataupun adat mulia yang disematkan kepada kita dari Malaysia dapat dicontohi masyarakat arab di sini, moga bertambah pahala kita tanpa disedari perbuatan kita dapat diambil manfaat oleh orang lain. Moga bermanfaat buat semua.

Mari Berselawat


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

world visitor

free counters