Ahad, 19 Julai 2009

KEMBALIKAN SEMANGAT ANDA!!!

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..Asalamualaikum kepada semua sahabat2 yg dirahmati Allah..Baru2 ini,Ilhamie bersama2 mahasiswa Maahad Tarbiah Islamiah Yaman(MAMTIY) telah mengadakan 1 program perbincangan Ilmiah dibawah tajuk"KEMBALIKAN SEMANGAT ANDA!!". Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengembalikan semangat sahabat2 demi menghadapi peperiksaan akhir tahun yg semakin hampir di Jamiah kami. Program ini dipengerusikan oleh Ilhamie sendiri dan dihadiri oleh 9orang mahasiswa MTID bersama seorang pengulas iaitu Ust Taufiq Amini. Setiap mahasiswa diberi tajuk tersendiri utk dibincangkan dan mencari jalan penyelesaiannya. Panel pertama adalah Sdr Syauqi dgn tajuk; Apakah tujuan kita dtg ke Yaman?, Adakah amanah dan harapan orang ramai telah kita jalankan?. Panel ke 2 iaitu Sdr Rafie dgn tajuk; Apakah yg kita perolehi setelah hampir setahun di Yaman?, Adakah kahwin menjadi penghalang?, Apakah cara penyelesainnya? Panel ke 3 iaitu saudara Mujahid dgn tajuk; Bagaimana dgn penguasaan Bahasa Arab anda sekarang ini?, Adakah faktor malas boleh dijadikan alasan,manakala faktor hilang semangat pula bagaimana? Panel ke 4 Sdr Arif dgn tajuk; Bagaimana bermujahadah semasa belajar? Jadikan kita sebagai contoh. Panel ke 5 iaitu Sdr Luqman dgn tajuk; Apakah yg menggangu fikiran anda selama ini? Tidor...Oh tidur...dan ini ubatnya.. Panel ke 6 iaitu saudara khairul Anam dgn tajuk; Adakah anda mahu berjuang separuh jalan sebelum mendapat natijahnya? Bagaimana ukhuah sesama kita? Panel ke 7 iaitu Sdr Abdul Hadi dgn tajuk; Seminggu lagi nak ikhtibar,masih nak rileks? Adakah anda bersedia ke tahun 2? Panel ke 8 Sdr Osman dgn tajuk; Adakah faktor umur boleh dijadikan alasan? Berat sangatkah silibus Jamiah kita? Ini penyelesaiannya. Seterusnya, Sdr Raihan sebagai tetamu undangan diminta untuk memberi pandangan berkenaan dgn program ini. Pengulas dan sesi pergulungan program ini disampaikan oleh Ust Taufiq Amini. Program ini diadakan pada 17julai 2009, (Jumaat) bermula selepas makan tengahari sehingga solat Asar, bertempat di Rumah Iman. Sebelum mengakhiri program ini, kami membincangkan tentang Pelajar-Pelajar MTID diluar negara terutamanya di Yaman....Gambar akan menyusul kemudian..WASSALAM..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mari Berselawat


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

world visitor

free counters