Isnin, 31 Ogos 2009

MERDEKA!! Saya anak Malaysia....

Saya Anak Malaysia!!! inilah yg diluahkan apabila menjelang hari kemerdekaan, apa-apa pun lafazkanlah kalimah Alhamdulillah kerana kita sudah menyambut kemerdekaan kali ke-52 tahun, pastinya pelbagai aktiviti penghayatan kemerdekaan di adakan, tapi mestilah menghormati dibulan mulia ini iaitu Ramadhan Al-Mubarak 1430H.
Kemerdekaan tidaklah semudah seperti yg disebut. Para pejuang kemerdekaan terdahulu telah bersusah payah mengorbankan tenaga,masa dan nyawa mereka semata-mata utk membebaskan negara dari belenggu penjajahan.
Bayangkan, setelah hampir 446 tahun Malaysia dijajah, tanggal 31 Ogos 1957 bendera gah dikibarkan di seluruh pelosok negara menandakan penduduk negara ini bebas menentukan masa hadapan, oleh itu, sebagai anak warga merdeka kita perlu menunjukkan rasa penghormatan kepada negara.
Kami dibumi hikmah Yaman juga meraikan kemerdekaan kali ke-52 tahun, kami disini mengadakan aktiviti pertandingan berjalan malam sekitar bandar Sana'a, disebabkan suasana Ramadhan disini boleh dikatakan kesemuanya berjaga malam, aktiviti ini juga terdapat kuiz-kuiz mengenai kemerdekaan dan puasa, banyak kebaikkan dalam aktiviti sebegini utk mengingati sejarah kemerdekaan dan tentang puasa dengan lebih mendalam disaping merapatkan hubungan silaturrahim sesama kami InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mari Berselawat


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

world visitor

free counters