Isnin, 24 Ogos 2009

NASIHAT PUASA....

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana pada tahun 1430H dapat juga kita sebagai umat Nabi Muhammad saw melaksanakan tugas yg wajib dilakukan bagi setiap mukallaf yg beragama islam iaitu ibadah puasa di bulan Ramadhan al-mubarak, kesemua umat islam ternanti-nanti ketibaan bulan yg paling agung disisi Allah swt, bulan yg dilimpahkan segala keampunan buat hambanya, di lipat ganda setiap amalan kebaikkan, yg paling berharga adalah disediakan syurga Rayyan khusus untuk hambanya yg melaksanakan ibadah puasa dan dapat bertemu Allah swt dengan penuh kegembiraan...
Kalau difikirkan, kesemua syaitan dirantai pada bulan ramadhan, tetapi perasaan mazmumah tetap ada seperti malas, marah, memaki, mengumpat, menipu dan sebagainya, apakah puncanya semua ini?? Cuba fikirkan, kesemua ini adalah tabiat buruk yg telah terbiasa dilakukan oleh kita semua, syaitan tertawa menandakan kejayaannya merosakkan manusia walaupun dirantai dibulan ramadhan, kita tetap tidak berubah juga kerana mengikut hawa nafsu semata-mata.. Bagi anda semua yg berjaya melawan kesemua ini, ingatlah pahala berlimpah ruah menanti anda dan ianya menjadi saksi dihadapan Allah suatu hari nanti......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mari Berselawat


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

world visitor

free counters