Isnin, 14 September 2009

PENGALAMAN IKTIKAF, memang bestla.....

Program iktikaf mungkin susah nak jumpa di Malaysia, tapi suasana di Yaman memang menjadi kebiasaan buat semua, tak kirala kecil usia mereka mahupun tua, Ilhamie nak kongsi sikitla pengalaman dah iktikaf 2kali di sini, tahun lepas dan tahun ni, antaranya kita boleh kerjakan sama-sama amal ibadah ni, biasala kalau nak harap buat sendiri memang sampai kesudahla tak buat pun solat qiam,witir,baca quran,zikir dan sebagainya. Budak-budak arab ni jenis semangat, ada yg dlm solat 2rakaat baca sampai 3juz, kalau kitala, ketaq abisla lutut ni. Yg bestnya tahun ni pelajar Malaysia dijemput jadi imam tarawih dan tahajud, nama dia adalah sdr Idris, nama manja pulak MaMu, lepastu pulak sdr Syazilie (pak Aq) bagi tazkirah. Baru rasa bertuah jadi rakyat Malaysia, org kenal sikit.

Ok,Kalau di Malaysia sekarang nilah waktu paling best nk jual beli,harga pun mulalah nak diturunkan,klw Ilhamie dulu-dulu, mlm raya baru nak kelam kabut cari baju raya, lokasi paling best depan pekan rabula,biasalah,nk dpt harga lelong kononnya, apa-apa pun, buat para peniaga teruskan peniagaan dgn cara halal anda, moga ditambah rezki semua..

Buat makcik-pakcik yg dirumah pula, mesti pakat berhias sakan rumah tu, nanti tetamu ramai nak kunjung katakan. Ketupat,rendang,lemang memang jadi kewajipanla.. Aduh, terliur la pulak, takpa, kami kat sini pun makanan lebih kurang ja, oklah, Ilhamie nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir& Batin kalau ada melakukan salah dan silap buat semua.. T.kasih..wsalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mari Berselawat


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

world visitor

free counters