Khamis, 15 Oktober 2009

Peringatan Dari Allah..

Baru-baru ini di Rantau Asia Pasifik telah mengalami gegaran gempa bumi,tsunami,taufan dan sebagainya. Malaysia adalah negara di luar lingkaran api pasifik, namun gegarannya tetap dirasai di sebahagian tempat di Malaysia. Walaupun kami di negara Yaman jauh drpd rantau asia, namun kesedihan turut dirasai disebabkan ada ahli keluarga pelajar Indonesia di sini turut terkena musibah di Padang Sumatra beberapa minggu yg lalu, dari segi sumbangan keewangan disini pula, tabung bencana Indonesia pula sentiasa mendapat keperihatinan drpd sebahagian besar rakyat Yaman.


Disini Ilhamie ada mendapatkan sedikit sebanyak maklumat tambahan berkenaan musibah yg kerap berlaku selepas menyambut Aidilfitri antaranya gempa bumi di Padang Sumatra, Samoa Amerika, Samoa Barat, taufan Ketsana di Filipina, Vietnam, Kemboja dan llg.

Info: Kategori gempa bumi ukuran Skala Richter.

Lemah: kurang 5.0 SR

Sederhana: 5 - 5.9 SR

Kuat: lebih 6.0 SR

Di Setiap negara pasti adanya rangkaian stesen bagi mengesan gegaran dan sebagainya, namun kuasa Allah melebihi apa yg dijangka dek akal manusia.
Seperti kata Allah Swt yg bermaksud: "Nikmat apapun yg kamu terima maka itu dari Allah, dan bencana apa shj yg menimpamu, maka itu kerana(kesalahan) dirimu sendiri". AN-NISAA 79.
"Dan tidaklah kami memberi tanda-tanda itu melainkan utk menakut-nakutkan(sbgai peringatan)" -ISRAA' 59.

#Peringatan:

-Sentiasa bertaubat, insaf, takut kpd Allah
-Peringatan kpd pemimpin
-Berpegang teguh pada Quran dan Sunnah
-Bantuan,Kerjasama, dan hubungan antara negara sentiasa aman
-Tugas dan tanggungjawab umat islam sesama islam
-Mencintai bumi dan menjaga kebersihan drpd terancam.
-Menyangi faqir miskin dikala kesusahan ditimpa musibah.

Sabda nabi Saw: "Barangsiapa yg menolong saudaranya, maka Allah akan menolongnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mari Berselawat


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

world visitor

free counters