Khamis, 22 April 2010

Aktiviti cuti kami, Best sgt (SEMESTER 1)

Alhamdulillah, berakhir sudah cuti bagi pelajar-pelajar di Jamiah Iman semester pertama pada tahun ini, 10 hari cuti yang diberikan ini kami gunakan sebaik mungkin bagi mengisi masa yang ada.

Dalam masa kosong ini macam-macam cerita sedih dan gembira yang kami lalui, antaranya kepulangan senior kami iaitu Pak Aq, Abg Leh bersama isterinya dan isteri, anak Abg Taufiq ke Malaysia. Kepulangan mereka ni memang amat menyedihkan buat kami terutama MAMTIY. Sebelum kepulangan kami sempat mengadakan majlis wida' dan penyampaian sijil, cenderahati dari rumah iman atas jasa mereka selama ini. Kami juga telah adakan liga bola sepak buat pelajar Jamiah Iman, yang bestnya kumpulan ana, Pak Aq menjuarai game kali ini, naib juara disandang oleh kumpulan Abg Leh, Munzir, ketiga kumpulan mujahidin dan ke empat kumpulan luqman, Abg Taufiq. Riadah bukan sahaja untuk mengeluarkan peluh, tapi belajar setia kawan, mengatur strategi berkumpulan, mengetahui kelebihan dan kelemahan pihak lawan. Apa-apa pun terima kasih kepada mereka yang terlibat.

Seterusnya majlis qiamulail, ifthor, kuiz, berenang, mendaki bukit syamlan sambil mengadakan riadah di puncak bukit dan sebagainya. Moga kerjasama antara kita dapat membina fikrah imaniah buat semua dan menjadi amal hasanah di Akhirat kelak, Amin Ya Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mari Berselawat


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

world visitor

free counters