Isnin, 5 Julai 2010

Rombongan En.Azmi Melihat Kubur Adik Tersayang

Pada 27-30 jun 2010, sekeluarga dari Malaysia telah datang di bumi Yaman yg diketuai oleh En. Azmi, kedatangan mereka ini adalah bertujuan ingin melihat Maqam adiknya yg dikebumikan di Maqbarah Abdullah Hussain Al-Ahmar salah seorang pembesar di Yaman. almarhumah meninggal dunia di Airport Sana'a selepas mengerjakan ibadah Umrah di Baitullah Mekkah Al-Mukaramah. Almarhumah dipercayai mengidap sakit jantung sejak 10 tahun lalu. Ahli keluarga yg datang di sini adalah ayah, ibu,abang kpd almarhumah.

Ini adalah aktiviti mereka selama 3hari di Yaman, antara tempat yg kami bawa adalah kubur almarhumah Rahimah Binti Abd Latif yg berusia 32thn.

Kemudian kami bawa mereka disekitar bandar Sana'a.. Antaranya Bab Yaman, Masjid Kabeer, Masjid Presiden.

Pada malamnya kami berjaya menunaikan hajat ahli keluarga utk mengadakan majlis tahlil dan sedikit kenduri, turut hadir pada malam itu salah seorang petugas kedutaan Malaysia di Yaman iaitu En. Hamdan dan keluarga.

Hari ketiga sekali lagi kami bawa mereka ke Maqbarah Abdullah Hussain Al-Ahmar, seterusnya membeli barang2 yg dihajati oleh mereka. Pada jam 4.30ptg kami bersama2 pergi ke airport utk bersalaman dan berpisah.

kebetulan Syauqi juga pulang ke Malaysia pada hari yg sama dgn keluarga En. Azmi.
sempat bergambar dgn syauqi selaku ketua majlis tahlil yg di amanahkan oleh pihak keluarga.

sempat kenyangkan perut di restoran sumatra indonesia, lama tak makan masakkan asia..





ketika di kedai madu yg populor di sini..kesemuanya adalah madu asli dan antara prodok terkenal di Yaman.

cara susunan dan kreatif yg di buat dikedai ini memang menarik minat bagi sesiapa yg berkunjung di sini..

Bahagian kurma yg ada di sini, pelbagai jenis dan bentuk kurma yg ada .

Alhamdulillah majlis tahlil yg berjaya kami buat sebagai amanah yg dihajati oleh pihak keluarga si mati.majlis ini di pengerusikan oleh saya sendiri dan ketua bacaan tahlil oleh sdr Syauqi.


Ucapan yg di sampaikan oleh EN.Hamdan selaku petugas di Kedutaan Malaysia Yaman.

masa di Qulais ataupun Kaabah Abrahah,ianya menjadi tempat sejarah yg masih ada di dalam Bab Yaman.
ketika masuk di dalam masjid kabeer, disini budak2 yaman sedang belajar walaupun dalam keadaan cuti sekolah.


hari pertama sampai di kubur almarhumah..

arif pun turut serta utk membawa rombongan ini berjalan2..

sempat berganbar di pintu masuk maqbarah ni.

ketika mencari hotel yg sesuai utk pihak keluarga En.Azmi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mari Berselawat


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

world visitor

free counters