Ahad, 28 Jun 2009

Panorama MTIDerang

Ni gambaq yang ditangkap sebelum Ilhamie berlepas ke Yaman.
Surau Darul Atfal

Kawan sekelas semasa kenduri akhir tahun bagi generasi ke 19 sesi 2007.

Ni plak gambar kami nak buat 'jungle tracking'.

Ni cabaran yang kami buat kepada adik-adik junior. Best pekena budak-budak ni. Yang tengah kena tu ialah Nawawi (Pak Wi).

Ni Ustaz-ustaz yang ngajaq kat Darul Atfal (Bahagian Rendah)


Ni lah antara budak-budak yang kena merangkak untuk menyebrangi parit. Tu yang tengah isap botol tu namanya Salam.

Kawan-kawan yang handle program 'jungle tracking' ni. Luqman, Ayip, Jard, Ilhamie, Izaan & Bob (Anak murid kesayangan Ust Asri)

Masa bakaq ayam untuk program akhir tahun. Memang best larr. Tu da yg dok ratah ayam tu....


Ni tgh solat kat Chalet Cikgu Ismail selepas program 'jungle tracking'.

Ni adalah Pak Long Man yg banyak berjasa kat derang ni. Beliau ni yg gerak kami & penduduk Derang pagi2. Semua orang Derang (lama atau baru) kenai sangat pak long ni. Terima kasih Pak Long Man.

Nilah ustaz kesayangan kami. Ustaz ni namanya Ustaz Asri Taib. Beliau ni adalah warden asrama masa generasi kami, tapi sekarang dah tukar jawatan dah.

Ni masa Habib Jefri dan rombongannya mai Derang. Mereka ni disambut dgn alunan burdah oleh kumpulan nasyid Derang.


Ni landskap depan asrama Saidina Omar. Landskap ni kami bersama yang buat.

Ni Malam Kesenian Islam yg diadakan di Dewan Al-Bukhari. Tu tengah burdah. Burdah tu ketua mereka adalah Wawan & Rahim (Dua org ni pernah buat persembahan burdah kat PWTC masa Musbaqah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2005).

Ni plak, Tafaquh. Yang ngaji kat sini adalah lepasan menengah dan pakcik makcik yang masih bersemangat untuk belajar.

Ni adalah landskap dari sudut lain. Cantik kan?

Ni laluan pejalan kaki, kat sini kadang-kadang tempat parking motor dan gerek orang Derang ketika solat.


Ni Masjid An-Ni'mah. Nampak tak van tu? tu la van sekolah kami. Van tu dah sampai merata tempat dah. Banyak jasa van tu.

Ni antara sudut lain Masjid An-Ni'mah. dulu kat tepi tu da pokok belimbing, tapi dah kena potong, tinggal tunggul jer.


Ni cort serba guna. Cort ni kami buat tempat main badminton, takraw dll lagi.

Ni antara pemandangan landskap dari sudut lain. Kerusi simen tu adalah simenferro yang telah dibuat oleh pelajar-pelajar pada tahun 2006.
Ni asrama atas. Cantik tak? Sekarang ni tak tau la macam mana dah. Tak dak dah dinding plawood mcm dulu tu. Tak leh nak lari dah kalau ustaz naik.

Ni Masjid An-Ni'mah dari atas asrama.

Ni asrama Saidina Abu Bakar. Banggunan tu la yang paling lama. Kayu-kayu banggunan tu diambil dari baggunan Hospital Kota Setar yang lama (orang kata hospital jepun dulu, tak tau betoi ka tak).

Ni pintu masuk masjid. Tengok tu, kolah untuk ambil wuduk dah da bumbung warna hijau. Cantik kan? derang dah maju dah, tapi orang nak khidmat tak ramai....
Balik nanti jom la kita pakat-pakat khidmat kat Derang nohhh... Derang banyak berjasa kepada kita..
Terima kasih kepada semua guru-guru Maahad Tarbiah Islamiah Derang. Al-Fatihah buat Ayahanda Syeikhur Rahil Ustaz Ni'mat Bin Yusuf yang telah mengasaskan MTIDerang ni..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mari Berselawat


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

world visitor

free counters