Jumaat, 11 September 2009

Mari BerIktikaf Pada 10 AkhIr Ramadhan Ni...Rebut peluang...

Bermulanya 10 akhir ramadhan, maka sibuklah pelajar-pelajar dan orang Yaman mencari masjid yg perlu di iktikaf, jadi iktikaf kali ini Ilhamie memilih masjid Khulafa' sebagai pilihan hati Ilhamie dan sahabat-sahabat yg lain. Iktikaf pada 10 akhir Ramadhan sangat digalakkan oleh Allah dan nabi saw, kata Allah swt; sesungguhnya kami berikan pada bulan ramadhan ini terdapat lailatul qadar, yg mana ianya lebih baik dari seribu bulan, surah (Al-QADR) mari sama-sama kita merenung kembali seperti mana sabdaan nabi saw yg bermaksud ; permulaannya adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan, dan akhirnya adalah perlepasan drpd api neraka, diriwayatkan dalam sahih muslim, drpd saidatina aisyah( Rasulullah saw telah berkata, adlah nabi saw sangat bersungguh-sungguh pada 10 akhr ramadhan, yg mana tidak ada pada bulan selainnya. Terdapat riwayat yg lain pula, daripada saidatina aisyah (apabila msuk 10akhir ramadhan, nabi saw merperkuatkan ikatan kainnya, menghidupkan malam, mengerakkan ahli keluarganya.
Antara syarat-syarat iktikaf antaranya adalah; 1-Islam, 2-berakal, 3-iktikaf di masjid, 4-niat, 5-bersih drpd hadas, 6- mendapat keizinan suami&isteri, 7- tidak kluar masjid tanpa hajat..
Antara perkara yg membatalkan iktikaf pula adalah seperti berikut; 1-Murtad, 2- haid&nifas, 3-jimak, 4-keluar masjid tanpa hajat, 5-mabuk,pitam dalam tempoh yg agak lama.
Selamat beramal buat semua sahabat seperjuangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mari Berselawat


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

world visitor

free counters