Sabtu, 23 Januari 2010

Isu Kalimah Allah

Isu kalimah Allah antara perkara yg perlu kita ambil berat disebabkan kita sebagai penuntut ilmu agama yang akan membela agama kita ini, selepas diteliti dalam isu ini, terdapat kesimpulan yang boleh dibuat, antaranya pasti adanya baik dan buruknya.

Sebagai sebuah negara islam, pasti timbulnya beberapa pihak, ada pihak yang bersetuju membenaran permohonan Kristian Katholik mengunakan kalimah Allah dalam versi terjemahan bahasa melayu di dalam Bible dan majalah mereka dengan syarat yang diberikan, antaranya jangan menyalah gunakan kalimah Allah, dan ada pihak yg mengharamkan penggunaan ini berdalilkan nas dan keadaan di Malaysia yang kian kucar kacir ini, mungkin ada muslihat jahat oleh puak Kristian. Kita boleh lihat apa yg sudah berlaku di Sabah, Sarawak, dan negara jiran iaitu Indonesia.

Mungkin juga mudah untuk Kristian melancarkan dakyah mereka selepas permohonan mereka kepada mahkamah tinggi dipersetujui, contoh yg boleh dibuat: kenapa awak tak nak tukar ke agama Kristian? Tuhan kami pun "Allah" juga, agama kami pun benar juga, dan ada kitab macam al-quran, tiada beza pun.

Dan pelbagai contoh lagi yang Kristian meracuni muda mudi kita yang hanya Islam di kad pengenalan, tetapi tidak beriman dengan garis panduan yang ditetapkan oleh Allah SWT.

Akhirnya isu membakar gereja, adakah patut berlaku? Mungkin ada pihak yang mengambil kesempatan, dan ada pihak yang fanatik dengan agama masing dan tidak memahami disiplin diantara agama di dalam sebuah negara majmu'ah. Buatlah perbincangan dengan uslub yang terbaik, dan jangan tambahkan permusuhan sesama kita..wallahua'lam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mari Berselawat


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

world visitor

free counters