Khamis, 4 Mac 2010

Tazkiyah An-Nafs(Penyucian Jiwa)

Penyucian Jiwa, lebih dikenali dengan kitab Tazkiyah An-nafs yang dikarang oleh ulama' besar iaitu Syeikh Said Hawa. Kitab ini dijadikan sebagai silibus di Jamiatul Iman bermula tahun1 dan dikhatamkan sehingga tahun4, walaupun mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan kitab ini, tetapi inilah yang telah dirancang oleh mashayaikh di sini, kerana apa? Disebabkan proses penyucian jiwa memang perlu mengambil masa yang panjang, lama kelamaan sifat mazmumah akan terhakis jua. Dalam pada itu kupasannya juga perlu didetailkan kepada pelajar di Jamiah Iman. Pada mulanya ana agak pelik kenapa perlu diambil masa yang sebegitu panjang untuk menamatkan kitab yang sederhana tebalnya, bila dilihat keadaan masyarakat arab, barulah terfikir, memang perlu ditekankan tazkiah ini, kerana sifat manusia berbagai karenah, terutama masyarakat arab sendiri, ada yang datang ke Jamiah masih terbawak-bawak watak badwi mereka, di sini apabila ditanya kepada mereka tentang asal-usul, kebanyakkannya berasal dari perkampungan yang terpencil, di celah-celah bukit, di tengah padang pasir dan sebagainya.


Jadi di sinilah tempat proses membersihkan sifat mereka yang terkenal dengan kasar, kotor, kurang adab dalam percakapan, bersama guru-guru, kitab-kitab dan banyak lagi yang boleh dibeza jika dibandingkan dengan masyarakat di Malaysia. Di negara kita, kita memang kaya dengan adab-adab sopan yang diterapkan kepada kita bermula dari kecil sehingga kedewasa, adab berjalan dihadapan orang tua, mesti ada tata tertibnya, makan dan minum keadaan duduk sebaik mungkin, hormat yang lebih tua, berpakaian kemas dan banyak lagi, tapi sampai bila ianya berkekalan, cuba lihat anak muda sekarang ini, banyak menyimpang dari adat yang terpuji dari segi perspektif islam.


Moga sifat ataupun adat mulia yang disematkan kepada kita dari Malaysia dapat dicontohi masyarakat arab di sini, moga bertambah pahala kita tanpa disedari perbuatan kita dapat diambil manfaat oleh orang lain. Moga bermanfaat buat semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mari Berselawat


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

world visitor

free counters