Khamis, 22 April 2010

Erti keimanan kepada Allah dan perkara Ghaib

Rumah Iman telah mengadakan tazkirah mingguan buat pelajar-pelajar Iman khususnya pelajar baru. Alhamdulillah giliran yang diamanahkan kepada ana telah pun selesai dijalankan walaupun dalam keadaan kurang bersedia.

Tajuk yang diberikan kepada ana adalah makna iman, erti keimanan dalam kehidupan seorang Muslim, ilmu sebagai gerak kerja utama untuk mencapai keyakinan dan beriman dengan benda Ghaib.

Selelum itu islam dan iman adalah benda yang saling terikat antara satu sama lain. Kedua-duanya memerlukan kefahaman ilmu terlebih dahulu. Antaranya islam adalah agama yang mampu menjawab 3 persoalan.

1-Dari mana kamu dijadikan? 2-Kenapa kamu dijadikan? 3-Kemana kamu akan kembali?

Jawapanya; 1-Manusia dijadikan dari setitis mani yang terpancar. 2-Dan manusia dijadikan di atas alam ini adalah untuk beribadah kepada Allah. 3-Tempat kembali manusia adalah kepada Allah SWT.

Iman bermaksud yakin dan percaya. Antara ta'rif yang diambil oleh para ulama adalah; beriman dengan hati, iqrar(membenarkan) dengan lidah, beramal dgn anggota badan akan perkara yang ditetapkan oleh Allah.

Antara cara untuk mendapatkan keyakinan adalah melihat sifat Allah, seperti pemurah, pengampun, perkasa, esa, lembut dan sebagainya, kemudian melihat bagaimana Allah menciptakan kita, makhluk-makhluk lain. Lama kelamaan kita akan mencapai keyakinan tersebut.

Iman dengan benda Ghaib paling sukar sekali bagi akal manusia untuk mempercayainya. Contoh yang ana berikan seperti doktor, kita hanya melihat, mendengar kebolehannya mengubati pesakit sahaja, lantas kita percaya dan meyakini doktor tersebut, kita membuat apa yang disuruh dan berhati-hati dalam pantang larang yang tak dibenarkan oleh doktor itu. Bagaimanakah jika Allah SWT pula, memang kita lagi patut mengagungkannya walaupun dalam ghaib, lihat segala ciptaan Allah, pasti akan terjawab segalanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mari Berselawat


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

world visitor

free counters