Kawan sekelas semasa kenduri akhir tahun bagi generasi ke 19 sesi 2007.
Ni lah antara budak-budak yang kena merangkak untuk menyebrangi parit. Tu yang tengah isap botol tu namanya Salam.
Masa bakaq ayam untuk program akhir tahun. Memang best larr. Tu da yg dok ratah ayam tu....
Ni adalah Pak Long Man yg banyak berjasa kat derang ni. Beliau ni yg gerak kami & penduduk Derang pagi2. Semua orang Derang (lama atau baru) kenai sangat pak long ni. Terima kasih Pak Long Man.
Nilah ustaz kesayangan kami. Ustaz ni namanya Ustaz Asri Taib. Beliau ni adalah warden asrama masa generasi kami, tapi sekarang dah tukar jawatan dah.
Ni masa Habib Jefri dan rombongannya mai Derang. Mereka ni disambut dgn alunan burdah oleh kumpulan nasyid Derang.
Ni Malam Kesenian Islam yg diadakan di Dewan Al-Bukhari. Tu tengah burdah. Burdah tu ketua mereka adalah Wawan & Rahim (Dua org ni pernah buat persembahan burdah kat PWTC masa Musbaqah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2005).
Ni plak, Tafaquh. Yang ngaji kat sini adalah lepasan menengah dan pakcik makcik yang masih bersemangat untuk belajar.
Ni adalah landskap dari sudut lain. Cantik kan?
Ni laluan pejalan kaki, kat sini kadang-kadang tempat parking motor dan gerek orang Derang ketika solat.
Ni Masjid An-Ni'mah. Nampak tak van tu? tu la van sekolah kami. Van tu dah sampai merata tempat dah. Banyak jasa van tu.
Ni antara sudut lain Masjid An-Ni'mah. dulu kat tepi tu da pokok belimbing, tapi dah kena potong, tinggal tunggul jer.
Ni antara pemandangan landskap dari sudut lain. Kerusi simen tu adalah simenferro yang telah dibuat oleh pelajar-pelajar pada tahun 2006.
Ni asrama atas. Cantik tak? Sekarang ni tak tau la macam mana dah. Tak dak dah dinding plawood mcm dulu tu. Tak leh nak lari dah kalau ustaz naik.
Ni Masjid An-Ni'mah dari atas asrama.
Ni asrama Saidina Abu Bakar. Banggunan tu la yang paling lama. Kayu-kayu banggunan tu diambil dari baggunan Hospital Kota Setar yang lama (orang kata hospital jepun dulu, tak tau betoi ka tak).
Ni pintu masuk masjid. Tengok tu, kolah untuk ambil wuduk dah da bumbung warna hijau. Cantik kan? derang dah maju dah, tapi orang nak khidmat tak ramai....
Balik nanti jom la kita pakat-pakat khidmat kat Derang nohhh... Derang banyak berjasa kepada kita..
Terima kasih kepada semua guru-guru Maahad Tarbiah Islamiah Derang. Al-Fatihah buat Ayahanda Syeikhur Rahil Ustaz Ni'mat Bin Yusuf yang telah mengasaskan MTIDerang ni..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan