Sabtu, 6 Februari 2010

Aduka Taruna menghina sultan Johor, bahkan Isteri& Sahabat Nabi turut dihina. Mana yg perlu diambil berat?

Menghina, memaki hamun, mengutuk, mengumpat depan ataupun belakang kesemuanya tergolong dalam sifat mazmumah, sifat yang dikeji oleh agama Islam, bahkan semua agama melarang dari sifat tersebut. Kerana apa? Kerana dengan mengutuk, menghina inilah akan terlerainya persahabatan, bermasam muka, tidak bertegur antara satu sama lain, dengki, permusuhan dan akhirnya akan berlaku pembunuhan cara penyudahnya.


Isu yang saya nak sampaikan dalam artikel kali ini sama seperti diatas, tetapi menghina, mengutuk secara bertulis didalam teknologi moden sekarang ini samaada mesej ataupun blog, semua orang boleh kutuk dan mengata kepada siapa yang dia suka, disebabkan sukar untuk kita temui si penulis kan? Kecuali dengan pencarian secara teliti oleh pihak khas, seperti di dalam blog Aduka Taruna yang menghina Almarhum Sultan Johor dapat dikesan oleh pihak polis baru-baru ini, hukumya tetap sama berdosa di sisi Islam. Malahan kalau kita teliti, si Aduka Taruna(AdukaTaruna.blogspot.com) ini bukan sahaja menghina Sultan Johor, bahkan Saidatina Aisyah, Muawiyah, iman Syafie dan imam mazhab yang lain tetap dihina oleh beliau. Perkataan yang digunakan memang menunjukkan kurangnya adab dan ilmu yang dimiliki olehnya.
Ditahap manakah keimanan kita berbanding mereka? Hebat sangatkah kita ini yang sanggup menghina pejuang-pejuang Islam?


Benar kata Dr Asri Zainal Abidin di dalam blognya tentang isu Aduka Taruna, beliau tidak memahami sejarah secara tepat, bahkan ingin menghukum secara melulu. Dan juga masyrakat kita sudah kurang sensitif tentang agama, agama dikutuk, Nabi, Ummul Mukminin, Sahabat dan Ulama dihina masih buat tak endah, tapi kalau raja,sultan,artis kesayangan dikutuk, riuh rendah dibuatnya untuk mempertahankan orang yang tersayang berbanding pejuang Islam. Nabi telah melarang akan perbuatan menghina si hidup bahkan kepada si mati. Ingatlah wahai penulis semua, semua ini akan dihitung di depan Allah Swt, mulut akan terkunci, maka anggota inilah yang akan menjadi saksi, samaada tangan yang menaip berkajang artikel ini telah mengeluarkan dosa ataupun pahala. Maklumat lanjut sila rujuk ke blog (www.Drmaza.com). Moga manfaat buat semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mari Berselawat


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

world visitor

free counters