Selasa, 9 Februari 2010

Ikhtibar Quran Tahun2

"Ikhtibar akan menentukan seseorang itu mulia ataupun hina" kata-kata ini mungkin kita rasa besar maknanya, bukan mengaji semata-mata untuk pereksa, tapi sistem peperiksaan lah yang akan menentukan tahap kemampuan seseorang pelajar tersebut, samaada dia memberi tumpuan dan memahami ilmu yang disampaikan oleh guru ataupun tidak.


Kami di Jamiah Iman, hari ini, baru habis ikhtibar quran bagi tahun2, tapi bukan ikhtibar akhir, ni baru periksa bulan muharram yang dah tangguh hampir seminggu, bulan safar punya ikhtibar belum lagi, hanya tunggu dan lihat ja la.


Doa-doalah kami tetap di Jamiah Iman ni, boleh belajar dengan tenang dan berkekalan apa yang kami hafal selama ini. Kalau nak dibandingkan dengan pelajar Maahad Tahfiz di mana-mana pun, memang kalah la kami ni, sebab baru berapa juzuk, tu pun dah ingat-ingat lupa.
Biasala, umur semakin meningkat, hati pun dah gelap, tu yang susah nak ingat, mudah-mudahan hati ni semakin hari semakin kurang titik hitam dosa yang pernah kita buat selama ni, manusiakan tak boleh lari dari kesalahan, sebaik-baik manusia adalah insan yang bertaubat kepada Allah. Ulama' umpama kan hati ni seperti kain putih, sekali kita buat kesalahan, seperti satu titik hitam yang melekat di kain putih tersebut, bayangkan lah selama ini banyak mana kesalahan kita selama ini.


Hidup ni kalau tak ada orang yang tegur, semua yang kita buat akan rasa benar belaka, tu lah pentingnya ukhuah kita dengan sahabat amatlah penting, sekurang-kurangnya ada yang nak ambil peduli tentang kita juga, ada yang nak tegur kesalahan kita, dan koleksi, muhasabah diri ni, adakah cukup apa yang kita ada, adakah kita belajar betul-betul atau main-main selama ini, lumrah sebagai penuntut ilmu seperti air pasang surut, kadang-kadang semangat, kadang-kadang tak semangat, ni kalau air surut selalu macam mana?


Jadi ingatlah Yang Maha Esa selalu, kalau kita baca kisah umat sebelum ini, mereka ni ketika susah sahaja ingat kepada Allah SWT, mereka akan berdoa meminta kepada Allah kekayaan, kejayaan di dunia, tapi kalau Allah dah bagi, kita akan lupa kepadaNYA.
Buatlah amal keduniaan seakan-akan kamu akan hidup selama-lamanya, dan buatlah imal ibadah kepada Allah seakan-akan kamu akan mati pada esok hari.

Renungan buat semua, tambah-tambah tuan blog ni la.. Yang penting doakan kami selalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mari Berselawat


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

world visitor

free counters